top of page

PERKHIDMATAN

Merangkumi perkhidmatan sesuai dengan kehendak pasaran seperti :-

​

  • BINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI

Bidang perniagaan teras syarikat adalah menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pembinaan bangunan terutama kerja-kerja pembinaan rumah banglo persendirian. Pembinaan rumah-rumah banglo ini melibatkan lot-lot banglo kepunyaan syarikat, milik persendirian atau milik individu lain. Pada kebiasaannya, ramai pelanggan kami meminta perkhidmatan pembinaan banglo di atas tanah milik mereka sendiri. Pihak kami bertindak sebagai ‘one stop center’ yang menguruskan projek pembinaan banglo pelanggan. Segala urusan seperti lukisan pelan, mendapatkan kelulusan pelan, pembiayaan pembinaan, tenaga kerja dan bahan binaan semuanya akan diuruskan oleh pihak kami.

​

  • UBAH SUAI RUMAH

Salah satu perkhidmatan yang pihak kami berikan kepada bakal pelanggan Mahligai Idaman adalah perkhidmatan pengubahsuaian rumah di negeri-negeri kami beroperasi. Perkhidmatan pengubahsuaian yang dilakukan termasuk menambah bangunan, meroboh dan bina semula ataupun ubahsuai ruang sedia ada. Pengubahsuaian yang dijalankan adalah mengikut rekabentuk dikehendaki pelanggan. Pihak kami akan menasihati spesifikasi sumber yang sesuai digunakan dalam sesuatu projek ubahsuai agar mengikut standard semasa demi jaminan keselesaan dan keselamatan. Pihak kami akan menguruskan juga segala urusan mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa tempatan bagi sesuatu projek ubahsuai demi memastikan projek dijalankan mematuhi undang-undang.

​

  • MEMBINA DAN MENJUAL RUMAH

RUMAH KOS MURAH
BANGLO SETINGKAT
BANGLO

by Syuhada AsSolihaat Rosli

bottom of page